Posts

Skin Journey Part II

Image
 Assalamualaikum.   Hi Guys! Welcome back... part II pulak dah... Ye lah sis. nak cantik ni bukan sebulan dua terus cantik, kena lah bersabar. Okay recall balik Part I, aku ada cakap lepas stop Nihon & Skynfyx. on Jan 2021 kulit dah kembali teruk, that's why stop apa-apa produk sebab rasa macam no changes dan tak sesuai. Time ni dah give up. Dah nekad nak pergi jumpa doktor pakar kulit gagah jugak lah walaupun tahu confirm mahal. So, lepas google dan baca macam macam review pakar kulit. I found this clinic,  Ranjit Skin Specialist , dekat SS 15 Subang Jaya. Ramai cakap ubat dia berkesan, krim dia bagi pun elok. Time tengah berkobar kobar nak pergi jumpa doktor, sampai klinik pukul 1220pm, masuk je nurse tu cakap  " Sorry. kita tak ambil patient dah. nak rehat.... " wehh, aku tengok situ tulis rehat pukul 1pm kot, ada masa lagi 40 minit untuk doktor tu consult. aduhhh stress. drive jauh-jauh siap sesat, sekali tak boleh masuk. kena tunggu pukul 2 pm pulak. apa ak...

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Image
 Assalamualaikum. Hi guys! This time nak share my acne skin journey. Actually bukan yang teruk sangat lah, tapi bagi diri sendiri tu dah teruk. sebab jerawat kalau naik 2 3 ketul lepastu besar dan merah dan tinggal parut merah. payahhh sangat nak hilang acne scars. Start jadi macam ni masa lepas MCO 1.0, yang pelik nya duduk rumah je. tak pakai makeup ataupun bedak beriya lah, sebab sedar diri kalau ada jerawat ni ditambah pulak dengan muka berminyak berkilat. memang lah elakkan pakai foundation/blusher. sebab tempat jerawat kerap naik pipi kiri kanan dan dagu. Macam macam dah try sis, duit perabis dekat skincare itu ini. dah survey bla bla.. then on Sept 2020 start survey Nihon Skin from Japan. biasa kalau buka IG atau Tiktok akan perasan sorang doctor ni suka cakap pasal skin. Dr Ingky, dermatologist. cara dia explain tu memang meyakinkan dan confirm orang yang lemah macam aku ni akan terpengaruh. Actually Dr tu tak salah pun, dia cakap betul. Product dia tu memang bagus. So aku ...

IUCD Part II

Image
 Assalamualaikum. Guyss, before this aku pernah share experience about IUCD and now what, Dah kenapa ada Part II pulak?? sisss. sabar. on 30/12/2020 aku ada appointment untuk ultrasound nak scan kedudukan IUCD tu elok ke tidak. then bila register dekat klinik kesihatan tu, nurse dok tanya la kenapa kena scan pulak biasa nya diorang cuma check thread sahaja. Aku pon tak tahu,sebab dah memang nurse dulu yang tulis siap-siap dalam kad appointment tu. aku follow jela. kira yearly scan.  nurse pun ke hulur ke hilir tanya doctor banyak kali, sebab macam kenapa aku special kena scan.unless nurse check thread tapi tak jumpa then baru scan sepatutnya. kes aku ni, kena terus scan.  Masuk bilik Dr.Atikah, dia suruh baring dan buat ultrasound scan la kan. and whatttt... Dr. scan dua kali, aku ada nampak macam batang lidi tu la kan. another image, aku nampak Dr. circle and.. suruh aku buat UPT(urinary pregnancy test) dia tak cakap apa. terus nervous eh dah kenapa. Lepas buat UPT, sem...

IUCD Insertion

Image
Assalamualaikum. Hai. tengah menaip dalam keadaan duduk serba serbi tak kena. baru 30 minit tadi selesai buat IUCD lepas sebulan lepas buat pap smear. Since klinik tak de call apa apa berkenaan pap smear, means you are completely okay. no cancer detection. Alhamdulillah. So, once period day-1 je terus call clinic nak buat appointment, mereka akan suggest day-4 atau day-5 period, sesuai untuk insertion IUCD. memang dah lama nekad pon nak buat, tak larat dah nak inject hormone tiap2 bulan jenuh kena pergi klinik semata. dah la berat badan naik, muka bulat, double chin sikit lagi nak triple. So procedure senang je, dah buat appointment then tunggu nurse prepare and discuss dengan doctor. masa ni berdebar-debar dan menggigil sebab masa ni dah day-5 period memang takde darah dah. dok bayang kejap lagi bila buat, mencurah curah darah siap bawak spare pad. benda panjang ni lah yang aku nampak tadi doctor masukkan. aku perhati je Doctor pon rilek je aku tengok sambil bersembang...

Pap Smear

Image
Assalamualaikum. What is Pap Smear: " a test carried out on a sample of cells from the cervix to check for abnormalities that may be indicative of cervical cancer " waktu mula-mula nurse offer untuk buat Pap Test lepas sebulan bersalin, uih memang tak lah nak buat. sakit bersalin pun belum habis, jahitan pun masih nyilu ada nak diseluk nya lagi. terus call nurse cakap tak boleh datang, darah nifas masih ada (alasan). okay dah selamat. Untuk pengetahuan, aku ada ambil hormon untuk merancang keluarga. Lepas bersalin je, first appointment tu nurse akan tanya siap-siap dah lepasni nak pakai perancang jenis yang macam mana (pil hormon, injection, implant dan lain-lain) masa ni otak tengah serabut dalam pantang terpaksa berfikir sejenak. So, aku pilih injection Depo-Provera hormone injection. Setiap dua bulan kena pergi jumpa nurse, timbang berat badan dan inject dekat punggung. sakit jugak okay. Sebelum ni ada orang cakap, injection ni akan buat kita gemuk. mula tu m...

Kayman Beauty

Image
Assalamualaikum. Hi First time nak try Kayman Beauty sebab terpengaruh baca review dekat instagram dengan twitter. sebab memang dah lama cari essence konon nak lengkapkan 10-steps korean skincare. so, kawan recommend Rosa Glow Treatment Essence by Kayman Beauty. so dah baca ingredients, dah baca review bagai so try yang trial sample, dekat Kayman website ada. nak try dulu dekat kulit sesuai ke tak. nanti beli yang satu botol besar tapi tak sesuai membazir pulak. 15 ml for RM29 comel je packaging dia. nampak lah hygiene sikit sebab kena koyak sikit tube panjang atas tu baru terbuka seal. tapi ni muka dropper tu. just tube muncung je. so far pakai dah seminggu, nothing happen actually. essence dia cair dan cepat meresap. sebab sekarang ni muka memang tiba-tiba jadi menggerutu biji biji lepas pakai Kayman Coalsoap. Coalsoap RM35 Hari pertama try, aku potong empat bahagian boleh jimat sikit. so guna 1/4 lepas try je. esok pagi bangun tengok ada bump dekat dagu. ah sudah! ni ...

Raya bersama Aidan

Image
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya! Alhamdulillah, tahun pertama raya dengan Aidan. beriye ibu nak beli baju raya sedondon mak pak anak. tiap tiap tahun kena macam tu tau. First day raya dekat Puchong, takde buat apa sanagt dah bertahun tahun raya Puchong bosan betul. so raya kedua ajak balik Penang. meriah sikit rumah kampung,ada sepupu semua. mula risau juga nak balik rumah kampung sebab dah berbulan tinggal.rumah pulak dekat belakang semak samun,macam macam binatang ada. Aidan tahu la, dulu masa dia dalam perut ibu. mesti dia selalu dengar ibu jerit sana sini terserempak dengan cicak,tikus dan lain lain. Tapi nasib baik rumah tu dah dibersihkan sepenuhnya. Alhamdulillah, Aidan behave sangat dalam kereta sepanjang perjalanan pergi. tak jem. Aidan tidur je. bangun susu,tidur balik.kali ni ibu bijak sikit, dah bawak siap siap bekalan susu tepung,air panas,instant cereals so Aidan takde la merengek lapar. sampai dekat kampung, habis beraya balik malam malam pun Aidan senang je tidu...

Ramadhan bersama Aidan

Image
Assalamualaikum. Hi Selamat Berpuasa. Alhamdulillah tahun ni tahun pertama Ramadhan bersama anak. tahun lepas sambut puasa berdua je Aidan dalam perut lagi tapi ibu dengan Aidan kuat je,puasa penuh.kecuali kena buka puasa sehari sebab minum air gula. Tahun ni duduk dengan mertua dari Aidan kecik sampai dah 8 bulan sekarang, Alhamdulillah untuk keluarga mertua yang sangat baik. Jaga Aidan masa ibu pergi kerja, Aidan tengah membesar ni memang banyak ragam. tak reti duduk diam, bila dukung mesti nak turun. payah nak tidur, merengek buat perangai sampai dia letih sangat lepastu tidur. Gigi pun baru nampak nak tumbuh, masih dasar je lagi belum naik sebatang. habis lah kalau ada gigi ni kerja nak gigit orang je. first day berpuasa as a working mom, not so tough. Time lunch hour, masuk bilik office tidur sejam. recharge balik tenaga. tapi bekalan susu memang takde lah nak pump dah sebab ibu pun tak minum air,hanya cukup untuk bekalan nak tidur Aidan je. sebelum tidur malam dia mesti mele...

Ainaa Serum

Image
Assalamualaikum Weh dulu viral kot bila Syafiqah Aina keluarkan product skincare dia. Kecaman netizen dahsyat oh termasuk aku yang menyokong produk local sebab dah banyak kali terkena. Lately ni tiba-tiba kulit macam teruk, bekas jerawat dulu jadi merah tinggal scars dan nampak macam berkawah satu area pipi tu. dah stress, macam macam la google tapi tak tahu lah kenapa pergi google "Ainaa Serum". terpedaya dengan gambar feedback customer kot, and dah check ingredients dekat skincarisma so far takde lah harmful sangat. cuma aku tak suka ada fragrance. Bau yang agak kuat dan takde la wangi. For 15ml, RM65 mahal okayy. sebelum ni pakai Wardah Serum je,17ml RM29. tapi terlalu melekit sangat tu yang tak selesa. Gigih beli Ainaa Serum walaupun dulu kutuk bukan main. nak try juga lah orang dok cakap bagus sangat sampai sales berpuluh ribu tu.Ermm dah seminggu lebih pakai, so far okay je. tiada perubahan drastik terus jadi macam Lisa Surihani. Texture dia okay, light co...

1st April

Image
Assalamualaikum, Hello April. Alhamdulillah dah 26 tahun tapi muka macam 30 tahun. sedih! Memang dari dulu kalau pergi mana-mana event ke atau sesi kenalkan diri bila suruh teka umur mostly akan jawab 2 3 tahun dari usia sebenar aku. waaa tua sangat muka ni. dah la wrinkles and fine line dah nampak. maybe diorang nampak aku ni mature sangat kot ramai cakap aku anak sulung tapi sebenarnya anak ke 4/5. Thank you mama First time seumur hidup dapat bunga. Thank you Syahmi Thank you Syahiirah Dah makin meningkat usia ni takde benda lain yang difikirkan melainkan kerja, anak, family time. Thats all. eh jap, skincare pun dah jadi perkara penting juga yang tengah usaha ni. dan stretch marks yang sedia ada untuk dihilangkan (tanpa usaha),buncit sikit . huhu. banyak kali kena perli bila nak iron perut tu berkedut. kuajo! Last week Aidan kena gigit nyamuk,ya Allah teruk gila. penuh satu badan,muka,kaki tangan.bintik2 yang besar tapi nak tahu tu nyamuk kalau kita picit me...

Breastmilk

Assalamualaikum. Baru je baca blog Dr.Fatin Liyana pasal oversupply breastmilk. Ya Allah,baru baca je dah terbayang sakitnya macam mana kalau bengkak susu orang kata sampai boleh demam. I've been struggle few months untuk mengatasi dan mengawal emosi tiap kali bengkak susu. sebab nya bila bengkak susu, baby latching pun payah. Aidan biasa akan minum sikit lepastu lepas habis terpancut susu dekat muka dia sebab time tu susu keluar banyak dia pulak tak dapat nak telan elok elok sebab overflow risau juga tersedak, tu yang dia luah je. Breast pad memang kerap lencun lah lagi lagi bila nak keluar berjalan 4-5jam, ha masa tu memang akan bengkak tapi tak boleh nak pam. Even kalau pam pun kan, breast still tegang dan tak lembik, maybe suction baby dengan pump tu beza. So,kalau rasa bengkak akan pam sikit,then bagi direct feeding dekat Aidan. baru lega. serius To all mommies yang ada pengalaman sama, nak tahu cara mengatasinya boleh baca dekat blog Dr.FL  http://honeykoyuki.blogspot.co...

Pengalaman jadi Ibu

Image
Alhamdulillah Hari ni dah 3 bulan jadi Ibu sejak Aidan lahir 7 Sept lepas. The struggles are real sis sis sekalian. Aidan membesar dengan sihat dan chubby.Alhamdulillah rezeki Aidan dapat susu ibu walaupun kadang kadang ibu sampai dah tak larat badan ni,biasalah baby boy memang kuat menyusu. tiap bulan pergi check-up dan inject vaccine dekat Aidan,setiap bulan naik 1 kg,last timbang dia umur 2 bulan dah 5kg. berat dan lenguh gila tiap kali tunggu turn dekat klinik,dengan sesak nya.sabar jelah. Kalau sebelum ni umur sebulan dua,kerap juga dia terjaga malam siap celik mata nangis.jenuh lah mak pak dia ni nak pujuk,masing masing dah lah ngantuk,kadang tu penat sangat,biar je dia nangis tak pun 'ok ek ok ek' (ni bunyi Aidan biasa buat eh.bukan ok = okay) sebab kuat mengeliat sampai dia letih nanti lena sendiri. paling mencabar nak tidur kan Aidan.masyaAllah macam macam cara buat dah,dia kalau ngantuk sangat tapi suka tahan mata lepastu mula lah buat perangai,muka teran sa...

Labour Room

Image
Assalamualikum 06.09.2018 - Bila sebut je labour room,mak ai cuak nya rasa. mana tak nya,bila sampai je hospital dalam pukul 8.00 pm doctor suruh baring dulu nak check baby punya heart rate dan nak check bukaan . Ini paling seram okay! dah lah tengah sakit,baring pulak terlentang rasa sesak nafas.sekali doctor seluk tengok dah 6 cm bukaan, terus diorang pecah kan air ketumban. masa ni dah rasa mencurah curah air suam keluar. terus nurse sorong troli ke labour room,nasib baik ada bilik kosong.suami boleh masuk untuk temankan isteri yang bakal berperang. 9.00 pm - terbaring je mampu. takde dah nak selfie ke nak sembang kosong. perut dah lah lapar,tak sempat makan. doctor pula dah extract urine keluar. dia cakap kena kosongkan gall bladder tu supaya baby tak tersangkut. muka pucat dah memang takde tenaga,nak minum air nurse cakap tak boleh. suami dekat sebelah cuma nak tenangkan bini dia, baca lah zikir doa doa. kejap kejap nurse masuk dia asyik cakap " kalau puan rasa nak mener...

Pregnancy Journey

Image
Assalamualaikum Dah lama sangat tak update,last cerita pasal Ijab Kabul tup tup dah masuk fasa baru. cepat nau masa berlalu.takde lah nak cerita sedih duduk sorang sorang dekat Penang jadi fulltime housewife. Just nak share my pregnancy journey,maklumlah baru first time merasa. Masa first dapat tahu tu,ingatkan period sebab macam ada setompok darah.so bila tunggu dua tiga hari pelik pula takde pun darah haid.masa tu macam dah syak sesuatu tapi masih chill.last last perasaan ingin tahu tu membuak buak,beli pregnancy test sendiri balik rumah check,DOUBLE LINE. OMG.masa tu tak tahu nak cakap macam mana perasaannya. Memang tak expect seawal perkahwinan dah pregnant. Meroyan juga masa tu,suami pun kalut nak tenangkan bini dia muka serabut mata bengkak menangis non stop. Beberapa hari masih tak dapat terima kenyataan. Then decide pergi check dekat klinik, doctor cakap kandungan dah 6 minggu . Darah yang sebelum ni ingat kan period tu just pre-bleeding. mana tak nya,sebelum tu dok berl...

Ijab Kabul

Image
15 December 2017 . 05:30 pm Alhamdulillah,dengan sekali lafaz, Aidil Wafiy Abdul Halim sah menjadi suami kepada Siti Mazlina Mohd Marzuki. 9 tahun bercinta,akhirnya sampai ke alam perkahwinan yang dah lama nanti nantikan. Alhamdulillah,syukur masih cinta pada orang yang sama dari dulu sampai sekarang sampai bila bila. Masa ni tengah bersiap mekap pun sendiri je lepastu semua tak kena. contour gelap sebelah,foundation tak boleh nak cover cela dan hambar je takde seri. kena komplen dengan orang sekeliling maka kena touch up dengan kalut. tup tup pihak lelaki dah sampai dekat surau tunggu. Lepas agak setengah jam juga tok kadi bagi ceramah,lepastu main testing dulu wali dengan pengantin lelaki. masa ni abah cool lagi tenang. Bila betul-betul lafaz ijab kabul, " Aidil Wafiy bin Abdul Halim,aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Mazlina binti Mohd Marzuki dengan mas kahwin nya 300 ringgit tuna.. i. ." abah terus sebak. masa ni semua dah bertakung air mata. Tapi Alhamdulil...