IUCD Part II

 Assalamualaikum.


Guyss, before this aku pernah share experience about IUCD and now what, Dah kenapa ada Part II pulak?? sisss. sabar.

on 30/12/2020 aku ada appointment untuk ultrasound nak scan kedudukan IUCD tu elok ke tidak. then bila register dekat klinik kesihatan tu, nurse dok tanya la kenapa kena scan pulak biasa nya diorang cuma check thread sahaja. Aku pon tak tahu,sebab dah memang nurse dulu yang tulis siap-siap dalam kad appointment tu. aku follow jela. kira yearly scan.  nurse pun ke hulur ke hilir tanya doctor banyak kali, sebab macam kenapa aku special kena scan.unless nurse check thread tapi tak jumpa then baru scan sepatutnya. kes aku ni, kena terus scan. 

Masuk bilik Dr.Atikah, dia suruh baring dan buat ultrasound scan la kan. and whatttt...

Dr. scan dua kali, aku ada nampak macam batang lidi tu la kan. another image, aku nampak Dr. circle and.. suruh aku buat UPT(urinary pregnancy test) dia tak cakap apa. terus nervous eh dah kenapa.

Lepas buat UPT, sementara tunggu Dr. panggil. aku belek lah scan image tu tadi. siss... aku nampak dia tulis fetal height. sejuk tangan terus, siap google. takkan lah ada tanda-tanda kewujudan baby kan. dan sepatutnya period due on 31/12 @ 1/1 so possibility tu ada.


yang ni batang IUCD tu.



there you go. fetal height Dr. mark situ. 




Bila dah terperasan macam ni, aku pon tak sabar lah nak tahu result UPT tadi -ve ke +ve.
terus Dr. panggil dan..

"Puan duduk dulu ye.. okay macam ni puan. kalau tengok scan tadi saya nampak kedudukan IUCD tu dah ke bawah sikit, so potensi untuk pregnant tu ada. Then bila scan saya nampak macam kantung baby. tu yang saya suruh buat UPT. okay nasib baik negative. Saya cadang kan puan cabut semula IUCD tu dan ganti yang baru. kalau masih nak teruskan lah merancang.."

Eh. Terkebawah. macam terkejut sebab kita yang pakai memang tak rasa apa apa. kebetulan harini datang memang terus scan, nasib baik dapat tahu kedudukan tak betul. kalau nurse setakat check benang je memang ada lah situ.

ha macam ni la.yang kuning tu kedudukan IUCD yang dah ter kebawah tu.


Dr. cakap boleh jadi disebabkan heavy flow period, dia licin dan slide ke bawah sikit but still intact.cuma ada gap untuk let the sperm goes in. faham kan pelajar sains sekalian..

yang suspen nya, patut 1/1 dah period, sisss aku tunggu sampai 7/1 masih belum ye. dah fikir, entah-entah UPT haritu salah, masih awal lagi so tak dapat detect. gigih ye buat lagi sekali test. Negative.
teruss esoknya tu period haha. tulah tak sabar. sebagai mak mak yang paranoid aku google macam macam ye pasal pregnancy in IUCD. ada beberapa komplikasi, baby dekat fallopian tube lah, luar rahim la bla bla.. mana tak risau kan.

On day 5 period tu, (semalam) aku pergi klinik lagi untuk take out the IUCD and replace. nervous ye.
dulu pasang tu sakit sikit je macam period pain. so cuma untuk tenang. time ni period aku macam dah nak habis. bukan masa tengah heavy.

Okay dah baring tu, Dr akan guna tools macam apit G haha. alah untuk buka laluan lah senang nak nampak. dia dok korek-korek "eh mana nii tak nampak pun.." sambil tanya nurse sebelah. aku dah tahan sakit ye,serious rasa tak selesa. macam jolok dalam gilaa. Okay bila dah jumpa, dia tunjuk la IUCD tu ada selaput darah sikit la yela kan dia tarik tu lalu rahim. nak pulak time period memang melekat lah darah. " haa IUCD ni awak nak simpan ke buat kenangan".. apoo time tu takde masa aku nak fikir kenangan bagai.

masih lagi ternganga ye gais, tangan sebelah Dr. dok tahan tools tu lagi sebelah dok ambil IUCD yang baru sambil sembang dengan nurse. masa dia masukkan tu hmm.. sakit ye. triple period pain aku rasa. betul tak macam mula-mula pasang dulu. then masa dia nak cuci outer part tu dengan kapas terjerit sikit la sebab ada air kan sejuk,terkejut. lepastu memang terduduk lama kejap. perasaan macam lepas kena jahit nyilu sikit. terus berjalan kengkang ye pergi bilik scan.

" haa.. kedudukan macam ni lah baru cantik.." okay now IUCD awak dah selamat.

AFTER(atas), BEFORE (bawah)

menurut pandangan Dr. atas tu kalau tengok dia terletak elok semua dalam rahim. yang bawah tu macam tak fully inside. okay lah tu. dah lega.. boleh balik sambil jalan kengkang masuk kereta...sekian


Okay! Last nak cakap, benda ni tak semua orang akan jadi macam ni. mungkin pergerakan terlalu lasak atau sebab sebab lain jadi gini kan. tapi jangan takut lah, kita ni sakit beranak pun boleh tahan apatah lagi period pain gini kan. So ibu ibu, kalau nak merancang dengan mudah try lah IUCD ni. Moga Allah permudahkan urusan ibu ibu semua dan diberikan ganjaran pahala untuk segala pengorbanan yang dilakukan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II