Pap Smear

Assalamualaikum.


What is Pap Smear:

" a test carried out on a sample of cells from the cervix to check for abnormalities that may be indicative of cervical cancer "


waktu mula-mula nurse offer untuk buat Pap Test lepas sebulan bersalin, uih memang tak lah nak buat. sakit bersalin pun belum habis, jahitan pun masih nyilu ada nak diseluk nya lagi. terus call nurse cakap tak boleh datang, darah nifas masih ada (alasan). okay dah selamat.

Untuk pengetahuan, aku ada ambil hormon untuk merancang keluarga. Lepas bersalin je, first appointment tu nurse akan tanya siap-siap dah lepasni nak pakai perancang jenis yang macam mana (pil hormon, injection, implant dan lain-lain) masa ni otak tengah serabut dalam pantang terpaksa berfikir sejenak. So, aku pilih injection Depo-Provera hormone injection. Setiap dua bulan kena pergi jumpa nurse, timbang berat badan dan inject dekat punggung. sakit jugak okay.

Sebelum ni ada orang cakap, injection ni akan buat kita gemuk. mula tu macam, oh ikut orang kot. family aku keturunan kurus-kurus takde lah yang gemuk (nak sedapkan hati) but then after 1 year hormone tu masuk dalam badan, dalam darah. simpton napsu makan tu boleh tahan sis, macam orang mengandung.asyik lapar memanjang. masih ingat first injection berat dalam 48kg , now 55kg okay.
kegemukan boleh dilihat dekat peha,punggung, muka kembang. dan sakit pingang. Ini benar sis, doctor cakap jangka panjang boleh menyebabkan osteoporosis. Minum susu banyak

So, I decided to stop taking this hormonal injection anymore and proceed with IUCD (intrauterine contraceptive device) hat yang ni, sabaq sikit tau. kena tunggu time period baru boleh buat. nanti aku update. cuba nak habaq, before buat tu doctor suggest untuk buat pap smear. hat ni tak boleh elak dah kay. Maka sejam sebelum aku tulis blog ni lah, aku pergi klinik tadi.

Klinik Kesihatan Batu 14, (call before to make an appointment)
Punya la takut kena seluk, siap google gambar bukak youtube video simulation Pap Test. perasaan macam takut sakit. sekali tadi nurse tu buat, okay tak sakit langsung.

besi hat menganga tu lah yang aku takut. dia tak bergerigi macam tu ye, macam cotton bud je


sebenarnya plastik je, soft. tak sakit. bukan besi seperti gambar google tu seram oi

Dia cakap better buat setahun sekali, yelah kita tak kan tahu kita ada cancer cervix melainkan dengan pemeriksaan doctor. Pap Smear adalah salah satu cara nak kesan. minta dijauhkan lah cancer paling ditakuti wanita ni. 5 minit je, dah setel. OKAY. TAK SAKIT 

So, saya menyeru kawan-kawan perempuan yang sudah berkahwin & beranak sila lah buat ujian Pap Smear ini untuk mengenal pasti keadaan rahim kita demi kebaikan anda. Muah!

Comments

  1. Assalamualaikum kak nak tnye boleh, kalau pap smear diorang ada masukkan jari jugak tak? Macam pelvic exam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II