Pregnancy Journey

Assalamualaikum


Dah lama sangat tak update,last cerita pasal Ijab Kabul tup tup dah masuk fasa baru. cepat nau masa berlalu.takde lah nak cerita sedih duduk sorang sorang dekat Penang jadi fulltime housewife. Just nak share my pregnancy journey,maklumlah baru first time merasa.

Masa first dapat tahu tu,ingatkan period sebab macam ada setompok darah.so bila tunggu dua tiga hari pelik pula takde pun darah haid.masa tu macam dah syak sesuatu tapi masih chill.last last perasaan ingin tahu tu membuak buak,beli pregnancy test sendiri balik rumah check,DOUBLE LINE.

OMG.masa tu tak tahu nak cakap macam mana perasaannya. Memang tak expect seawal perkahwinan dah pregnant. Meroyan juga masa tu,suami pun kalut nak tenangkan bini dia muka serabut mata bengkak menangis non stop. Beberapa hari masih tak dapat terima kenyataan. Then decide pergi check dekat klinik, doctor cakap kandungan dah 6 minggu. Darah yang sebelum ni ingat kan period tu just pre-bleeding. mana tak nya,sebelum tu dok berlari lari dalam rumah.takde kerja sangat dari ruang tamu ke dapur pun nak berlari,dah kenapa.

Okay,kita cepatkan cerita. Maka bermulalah proses kehamilan minggu ke minggu. Hari-hari check BabyCentre Apps,sebab nak tengok macam mana perkembangan baby. Tapi still tak bagitahu sesiapa kenalan pun pasal ni,senyap je. Ye,ini lah yang dikatakan "Bunting Pelamin" sebab baru sebulan kahwin tapi kandungan dah 6 minggu. Sila Faham.

First Trimester - Alhamdulillah,takde alahan teruk. cuma ada sekali dua muntah. makan memang tak selera,asyik tak habis.makan sikit gila. sampai lah Second Trimester - okay,selera makan dah kembali normal,perut pun dah nampak sikit baby bump. masa ni takde istilah mengidam,tapi rasa nak makan itu-ini,saja gedik. Eh kira beruntunglah tak minta pelik-pelik.semua murah murah je (kek Secret Recipe,Choc Beryls,kuih keria,brownies,western food). satu je problem, aku ada Gestational Diebetes Mellitus (GDM) iaitu kencing manis semasa hamil, so kena control pemakanan. Before minum air gula, kadar gula dalam badan 3.8 - lepas minum terus naik 8.4. doctor cakap hormon semasa mengandung yang buatkan insulin lambat nak hadam gula dalam masa 2jam. dah la tiap dua minggu kena check paras gula.letih ulang alik ke klinik kesihatan

Third Trimester - tang ni agak mencabar sikit sebab dah start sakit belakang,tidur tak lena sebab perut dah besar sikit (walaupun orang lain tak perasan perut), kerap buang air (malas gilaaaa nak bangun tidur tengah malam), tumit sakit, jalan sikit dah mengah semput,baby tendang sangat ganas. Tapi nasib baik,masa dah 7 bulan suami dapat kerja baru dekat KL so takde lah kena duduk rumah sorang sorang dekat Penang tu.dapat duduk dengan mak/mak mertua.

Sepanjang mengandung,semua nya mudah. maksudnya takde sakit teruk sebab mungkin ada kawan kawan yang alah sampai masuk hospital,tak boleh bau itu ini,tak boleh buat kerja berat. Tapi Alhamdulillah,perjalanan mengandung buat pertama kali ni Allah bantu.

38 weeks ++ (acah model wanita hamil)


39 minggu - masa ni dah berkira kira bila lah si kecil ni nak munculkan diri. tiap kali pergi buang air mesti nak check kot ada tanda tanda nak beranak (lendir/darah/air ketumban) semua takde. mak mertua pun selalu tanya "maz takde rasa sakit lagi ke. tanda tanda ada tak?" . dah sarat pun masih berjalan sana sini,pergi mall,drive sorang ulang alik rumah mak-mak mertua. memang gigih takde kata nak lembik lemah ke apa. orang cakap kalau ada kencing manis ni anak lahir saiz besar,bersalin czer bla bla. ada jugak risau,tapi lagi risau kalau tak dapat produce susu untuk anak sendiri. hari hari fikir,macam mana lah baby nanti dah lahir tiba tiba mak nya takde susu,kesian baby kelaparan.

Rasanya dah 9 bulan 20 hari kot, baru lah rasa macam period pain start 10 pagi. kejap kejap sakit. mula buat rilek je lama lama makin kerap,terus update dekat contractions timer tu. record tiap kali rasa sakit,lepastu tengok dalam setiap 5 min rasa. tapi masih takde tanda tanda,sampai lah 5-6 petang tu memang dah tak tahan sakit,terbaring je dekat katil. memang tak boleh bawa bincang dah,lepas maghrib baru pergi Hospital Serdang.

Sebelum ni ingat nak pergi Hospital Shah Alam,sebab dok dengar feedback orang awam pasal hospital serdang tak bagus,tempat selalu penuh sampai kena duduk dekat lantai,nurse tak friendly bla bla. tapi aku dah kesakitan,memang takde masa dah nak pergi jauh jauh.


Kisah dalam Labour Room seterusnya ......................




Comments

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II