Skin Journey Part II

 Assalamualaikum.

 

Hi Guys! Welcome back... part II pulak dah...

Ye lah sis. nak cantik ni bukan sebulan dua terus cantik, kena lah bersabar. Okay recall balik Part I, aku ada cakap lepas stop Nihon & Skynfyx. on Jan 2021 kulit dah kembali teruk, that's why stop apa-apa produk sebab rasa macam no changes dan tak sesuai. Time ni dah give up. Dah nekad nak pergi jumpa doktor pakar kulit gagah jugak lah walaupun tahu confirm mahal. So, lepas google dan baca macam macam review pakar kulit. I found this clinic,  Ranjit Skin Specialist, dekat SS 15 Subang Jaya. Ramai cakap ubat dia berkesan, krim dia bagi pun elok.

Time tengah berkobar kobar nak pergi jumpa doktor, sampai klinik pukul 1220pm, masuk je nurse tu cakap 

"Sorry. kita tak ambil patient dah. nak rehat...."

wehh, aku tengok situ tulis rehat pukul 1pm kot, ada masa lagi 40 minit untuk doktor tu consult. aduhhh stress. drive jauh-jauh siap sesat, sekali tak boleh masuk. kena tunggu pukul 2 pm pulak. apa aku nak buat 2 jam lagi, dok fikir anak pulak dekat rumah. kalau ada mall sebelah takpe juga boleh lepak. ah give up! lalu depan Unipharm Pharmacy . Tiba tiba rasa nak masuk situ, then nak beli je ubat nak tanya pharmacist. mula niat nak beli acne cream, Tidact je lepastu nak makan Roaccutane (banyak side effect ye. better don't. unless recommended by a doctor). Then pharmacist tu cakap, 

" Can I see your acne... (aku pun buka mask kejap tunjuk) okay, I can suggest you the best acne gel which is better than tidact or benzoyl peroxide. Yours is still okay. only redness "


Duac Acne Gel RM69.90 , Papulex Cleanser RM59.90

Tengok cara dia explain tu meyakinkan, aku terus beli lah. mahal sikit dari cleanser biasa kan tapi kalau pergi jumpa pakar kulit tadi double kot harga. Okay just give it a try!

Duac tu guna sekali sahaja waktu malam sebelum tidur, dan cleanser 2 kali. mula mula pakai memang nampak perubahan sikit. before this memang banyak bonggol jerawat besar tengah nak naik, nasib baik pakai gel ni. Cleanser tu sedikit rasa tegang lepas pakai, so aku beli Papulex moisturiser cream online. susah nak jumpa ye. dalam RM39. 



Start Jan 2021. kiri sekali tu lah keadaan aku tunjuk dekat pharmacist tu



can see the difference. smooth surface dah takde bump.(sorry gambar 3rd tu lupa nak buang acne patch)



So yah. nasib baik dengar cakap pharmacist tu.  So now  masih dalam process recovery, tunggu lah beberapa bulan lagi nak hilangkan merah tu. aku target on June 2021 hopefully can get a clear and healthy skin. Tapi kena ingat tak semua yang orang pakai tu sesuai untuk kita, dan kadang apa yang bagus untuk kita tak sesuai dengan orang lain. 

Ni list product ye..

1. Papulex Acne Prone skin Cleanser

2. Duac Acne Gel

3. Papulex Oil-free Cream

4. Biore UV Perfect Milk Sunscreen


For those who still struggling to have a clear skin, keep it up girllsss! maybe kena trial & error. consult dengan yang lebih berilmu dan pakar okay. Harap dapat lah update latest skin in the next few months. Semoga tidak mencabar lagi. 


Thanks for reading. xoxo

Comments

  1. Weyy, dapat hilangkan bump yg sakit tu pon dah bersyukur sesangattt. kita pon phase kesan merah je ni bump yang sakit dan annoying dah takde. alhamdulillahhh.

    ReplyDelete
  2. Muka awak masalah acne je kan but then your skin looks healthy (putih,pores pun mcm not that visible)
    Hope to read your entry next regarding your skin journey.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum