IUCD Insertion

Assalamualaikum.

Hai. tengah menaip dalam keadaan duduk serba serbi tak kena. baru 30 minit tadi selesai buat IUCD lepas sebulan lepas buat pap smear. Since klinik tak de call apa apa berkenaan pap smear, means you are completely okay. no cancer detection. Alhamdulillah.

So, once period day-1 je terus call clinic nak buat appointment, mereka akan suggest day-4 atau day-5 period, sesuai untuk insertion IUCD. memang dah lama nekad pon nak buat, tak larat dah nak inject hormone tiap2 bulan jenuh kena pergi klinik semata. dah la berat badan naik, muka bulat, double chin sikit lagi nak triple.

So procedure senang je, dah buat appointment then tunggu nurse prepare and discuss dengan doctor. masa ni berdebar-debar dan menggigil sebab masa ni dah day-5 period memang takde darah dah. dok bayang kejap lagi bila buat, mencurah curah darah siap bawak spare pad.


benda panjang ni lah yang aku nampak tadi doctor masukkan. aku perhati je


Doctor pon rilek je aku tengok sambil bersembang dengan nurse. Ai aku ni dah berdebar dah kangkang depan dia. 

"takpe awak kangkang je macam nak bersalin. tarik nafas. cervix awak dah cantik ni "

doctor cakap kalau anak baru 1, cervix masih solid so dia kena squeeze sikit nak masukkan IUCD ni. so time dia squeeze tu rasa memang period pain. Yang aku punya takut sakit sangat tu, actually TAK SAKIT. cuma tahan macam period pain jela sis. BENAR TAK TIPU

kesan sampingan nya, period lepas ni akan jadi heavy flow dan lama. IUCD bukan hormonal, tidak menganggu hormon anda kecuali mestrual cycle (?). Lepas je pasang ni, teruk jalan kengkang. over betul. rasa macam darah mengalir,padahal check pad kosong bersih takde apa. over thinking!








Lepas doctor tonyoh benda ni masuk dalam, tinggal nak potong benang je dia akan lebih kan sikit so kita boleh rasa kedudukan IUCD tu betullah kalau benang stay macam tu. kalau tiba tiba lasak sangat, benang takde memang kena check takut termasuk dalam. so duduk sopan je okay.

IUCD can last for 5 years, then kena tukar baru kalau nak lebih dari tu. tapi bagi aku 5 tahun gap tu dah okay sangat. nak tahu lebih detail, sila google tau ibu ibu sekalian. Just share my experience,
yang penting TAK SAKIT, TAK PAYAH BAYAR & SELAMAT.

Oh ye ibu-ibu, jangan lupa lepas dah buat ni. Balik rumah tu kena buat teruk sikit macam sakit sangat dan kena cerita pengorbanan wanita melahirkan anak dekat suami. biar nampak dihargai sikit. lepastu minta hadiah. Aku dah dapat dah cincin baru sempena nak buat IUCD. huhu


Goodluck!


















Comments

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II