1st April

Assalamualaikum, Hello April.

Alhamdulillah dah 26 tahun tapi muka macam 30 tahun. sedih!
Memang dari dulu kalau pergi mana-mana event ke atau sesi kenalkan diri bila suruh teka umur mostly akan jawab 2 3 tahun dari usia sebenar aku. waaa tua sangat muka ni. dah la wrinkles and fine line dah nampak. maybe diorang nampak aku ni mature sangat kot ramai cakap aku anak sulung tapi sebenarnya anak ke 4/5.


Thank you mama

First time seumur hidup dapat bunga. Thank you Syahmi

Thank you Syahiirah


Dah makin meningkat usia ni takde benda lain yang difikirkan melainkan kerja, anak, family time. Thats all. eh jap, skincare pun dah jadi perkara penting juga yang tengah usaha ni. dan stretch marks yang sedia ada untuk dihilangkan (tanpa usaha),buncit sikit . huhu. banyak kali kena perli bila nak iron perut tu berkedut. kuajo!

Last week Aidan kena gigit nyamuk,ya Allah teruk gila. penuh satu badan,muka,kaki tangan.bintik2 yang besar tapi nak tahu tu nyamuk kalau kita picit merah tu dia hilang pastu ada balik.kesian dia patut malam tu tidur tak lena asyik terjaga sampai ibu dia dah giveup biar je Aidan main sorang sampai dikorek nya hidung ibu.rupanya dia tak selesa,ye lah gelap tak nampak pun. masalahnya Aidan je kena, mak pak dia bebas je. Poor baby!  Sebelum tu dia kena demam pula lepas cucuk 6 bulan tu, nasib baik tak merengek teruk. Aidan sangat behave. Risau si ibu








Kalau cakap pasal family time, memang tiap minggu dok fikir nak bawak jalan pergi mana supaya dapat spend quality time dengan family. Dari dulu mind set, ada anak kecik ni leceh nau nak berjalan. Aidan pula tak suka duduk stroller, jenuh nak angkat 7kg sepanjang masa. Tapi itulah realiti, anak.




I Love you both


Skin concern pula, nak hilangkan scars merah merah dekat muka dan nak kurangkan uneven tone dan wrinkles dekat mata. macam macam produk dah ni cuba, tengah test lama sikit pakai tengok macam mana kesan dia. pores pun besar, muka berminyak dah boleh kikis minyak buat masak telur.

Birthday Wish,

Harap tahun ni tahun yang lebih bahagia dan membawa rezeki buat aku dan keluarga.
Moga dikurniakan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan, diberi kesihatan untuk terus menjaga dan membesarkan Aidan, jaga suami jaga mak ayah.
Moga dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut
Moga menjadi isteri & anak yang solehah.

Amin ya Rabb.

Comments

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II