Skin Journey Part I : Nihon Skin

 Assalamualaikum.

Hi guys! This time nak share my acne skin journey. Actually bukan yang teruk sangat lah, tapi bagi diri sendiri tu dah teruk. sebab jerawat kalau naik 2 3 ketul lepastu besar dan merah dan tinggal parut merah. payahhh sangat nak hilang acne scars. Start jadi macam ni masa lepas MCO 1.0, yang pelik nya duduk rumah je. tak pakai makeup ataupun bedak beriya lah, sebab sedar diri kalau ada jerawat ni ditambah pulak dengan muka berminyak berkilat. memang lah elakkan pakai foundation/blusher. sebab tempat jerawat kerap naik pipi kiri kanan dan dagu.

Macam macam dah try sis, duit perabis dekat skincare itu ini. dah survey bla bla.. then on Sept 2020 start survey Nihon Skin from Japan. biasa kalau buka IG atau Tiktok akan perasan sorang doctor ni suka cakap pasal skin. Dr Ingky, dermatologist. cara dia explain tu memang meyakinkan dan confirm orang yang lemah macam aku ni akan terpengaruh. Actually Dr tu tak salah pun, dia cakap betul. Product dia tu memang bagus. So aku beli Travel Set Nihon Skin

Travel Set : RM89.99 now.

Mula tu try BFC during the day and NRC at night. Best sebab Brightening Creme tu dia macam krim putih sebab ada pearl powder so kena sapu rata baru nampak elok. bau wangi. orang cakap Night Repair Creme tu superb. So bila malam nak tidur tu pakai pon jimat sebab kedekut. huhu. bau macam orange. esok pagi tu sebelum solat subuh nak basuh muka, akan telek muka dulu ada tak perubahan. yes, nampak makin kurang merah tu. Excited la. Few days later, perasan naik tiny bump dekat pipi & dagu. dahi memang takde so far,clean. Dr.Ingky ada cakap, akan berlaku purging process once we introduced Retinol to our skin. it last for 2-3 weeks. okay lah aku bersabar mungkin skin barrier baru nak elok balik. Aku paling suka Soothing Cleanser dia sebab bau peppermint,tea tree oil dan berangin je. Aku dah pakai cleanser 2 botol kecik. 3 botol kecik BFC. dan NRC 2 botol. Scars yang merah tu ada la nampak kurang sikit, tapi sebab purging tu teruk bertambah lah jerawat baru dua tiga naik besar. Almost 2 months, dah stress ni kenapa tak settle down lagi purging ni. 


Maka, mula bukak youtube tengok acne skin journey orang lain. Lepastu tersedar sekejap,

..Eh tak bersyukur betul aku ni. orang lain ada yang lagi teruk satu muka. siap kena consult dengan pakar. Aku ni baru diuji dengan jerawat sikit dah gelabah...

Okay. setakat tu je cakap dalam hati. lepastu sambung mencari penyelesaian. huhu.

Ehh. orang perempuan ni cepat insecure tau. Aku kadang rasa kurang berkeyakinan sebab bila kita bercakap dengan orang tu, pandang mata okay lagi. ni mata orang tu dok melilau menelaah muka kita ni.ehhh kau ni dah lebih, takpayah pandang. Kita sedar diri ini.

Then, aku tengok IG Dr.Ingky tu dia ada clinic sendiri. So aku pon go through Medii Skin Studio sebab nak tahu konon pakej yang disediakan. Tapi bila fikir balik, dermatologist punya consultation saja dah beratus apa lagi ubat. ubat pulak bukan makan seminggu dua dah cantik kulit, paling kurang 3 bulan lepas tu ada follow up lagi. Okay Insaf. Kita golongan B40 saja, jadi kena bijak. Diorang ada provide online consultation, which is you need to try their special cream that suits your skin called SkynFyx. Kena isi semua details including verify IC dan upload gambar blemish area tu. masa tu aku upload gambar yang tengah jerawat dekat pipi clear punya.

27/11/20 :price at RM139

RM139 including 1 month free online consultation with dermatologist via private chat on their website (tapi aku cuma chat sekali je cakap product berkesan after a week pastu berjanggut tunggu doctor reply. dan lepastu malas nak mesej lagi dah) Walaupun rasa mahalnya untuk cream sebesar ini dan katanya boleh guna max 1 month, tapi untuk orang yang kedekut macam aku ni, aku rasa after 1 month pon masih ada lagi maybe 30%. ye lah pakai dekat affected area saja. bukan the whole face ye. bau tak best dan aku rasa macam ada shimmery sikit dan oily. At first week memang wah, nampak beza lah. I think this is what I need in my lifeeee.


Maaf lah gambar ni lighting terlebih aku rasa. so tak nampak the real redness dan tiny bump tu yelahh guna front camera memang hampeh. Tapi start Jan 2021, aku dah tak nampak perubahan tu. macam dia stay setakat ni je. Eh tak penyabar betul! masa ni aku pakai Soothing Cleanser Nihon & Skynfyx tu sahaja. takde moisturiser ke toner ke apa. rasa macam tak lengkap nya, lepas cuci muka tak pakai apa-apa melainkan cream tu sebelum tidur saja. Lepastu gatal pergi try apa-apa yang orang viral dekat twitter toner ni best bla bla, serum ni holy grail lah apa semua. Aku pun pakai lah sheet mask Dr.Morita, yelah kan orang kata hydration is the key guysss. hari hari ye pakai mask tu konon buat 14 days challenge.Then mula naik jerawat satu dua dekat pipi. Gambar Dec 2020 atas ni tu sebelum kejadian aku try benda lain. ha menyesal. Kejadian tak berhenti disitu ye, aku try pula Innisfree Cica Sleeping Mask warna hijau kecil je macam lip sleeping mask dia tu. esok pagi terus muncul jerawat. dan ayuhhh naik jerawat berjemaah. terpaksa pakai nixoderm cream walaupun pedih ya rabbi sebab nak bagi jerawat tu kecut berminggu kemudian.

Jadi, sebagai kesimpulan nya. Kalau kulit dah mula nampak perubahan tu just stick to that particular product. Jangan jadi macam aku yang suka cuba macam macam lepastu merungut-mengeluh-menyesal sebab tak jaga elok. Overall, bagi aku Nihon Skin is suitable for acne prone skin dan purging tu memang confirm jadi sebab first timer, dan mungkin saja kulit aku yang tak sesuai dengan product tu. ada je ramai yang flawless sebab consistent pakai dan kulit boleh tolerate dengan baik. So just give it a try okay! (beli travel set dulu)

And, Thank you Doctor for introducing Skynfyx! It works well maybe for 1 month, lepastu diri sendiri yang menyebabkan naik balik jerawat. So I give up dengan cream tu. 

Sorry, entry ni panjang sangat. Thanks for reading.


.... to be continue Part II  ........






Comments

  1. Thank you for sharing your journey with this product. Saya nak try product ni tapi tulah belum confident lagi.

    ReplyDelete
  2. The benefits of grape seed extract capsules are far-reaching. First, they contain antioxidants which can help prevent chronic diseases. Second, they are natural, which means they are free of any artificial ingredients. Third, they are easily absorbed by the body. Grape seed extract capsules are the perfect way to keep your body healthy and balanced.
    grape seed extract for skin
    grape seed extract capsule
    grapes seed capsule

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ainaa Serum

Skin Journey Part II