Posts

Skin Journey Part II

Image
 Assalamualaikum.   Hi Guys! Welcome back... part II pulak dah... Ye lah sis. nak cantik ni bukan sebulan dua terus cantik, kena lah bersabar. Okay recall balik Part I, aku ada cakap lepas stop Nihon & Skynfyx. on Jan 2021 kulit dah kembali teruk, that's why stop apa-apa produk sebab rasa macam no changes dan tak sesuai. Time ni dah give up. Dah nekad nak pergi jumpa doktor pakar kulit gagah jugak lah walaupun tahu confirm mahal. So, lepas google dan baca macam macam review pakar kulit. I found this clinic,  Ranjit Skin Specialist , dekat SS 15 Subang Jaya. Ramai cakap ubat dia berkesan, krim dia bagi pun elok. Time tengah berkobar kobar nak pergi jumpa doktor, sampai klinik pukul 1220pm, masuk je nurse tu cakap  " Sorry. kita tak ambil patient dah. nak rehat.... " wehh, aku tengok situ tulis rehat pukul 1pm kot, ada masa lagi 40 minit untuk doktor tu consult. aduhhh stress. drive jauh-jauh siap sesat, sekali tak boleh masuk. kena tunggu pukul 2 pm pulak. apa aku nak

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Image
 Assalamualaikum. Hi guys! This time nak share my acne skin journey. Actually bukan yang teruk sangat lah, tapi bagi diri sendiri tu dah teruk. sebab jerawat kalau naik 2 3 ketul lepastu besar dan merah dan tinggal parut merah. payahhh sangat nak hilang acne scars. Start jadi macam ni masa lepas MCO 1.0, yang pelik nya duduk rumah je. tak pakai makeup ataupun bedak beriya lah, sebab sedar diri kalau ada jerawat ni ditambah pulak dengan muka berminyak berkilat. memang lah elakkan pakai foundation/blusher. sebab tempat jerawat kerap naik pipi kiri kanan dan dagu. Macam macam dah try sis, duit perabis dekat skincare itu ini. dah survey bla bla.. then on Sept 2020 start survey Nihon Skin from Japan. biasa kalau buka IG atau Tiktok akan perasan sorang doctor ni suka cakap pasal skin. Dr Ingky, dermatologist. cara dia explain tu memang meyakinkan dan confirm orang yang lemah macam aku ni akan terpengaruh. Actually Dr tu tak salah pun, dia cakap betul. Product dia tu memang bagus. So aku beli

IUCD Part II

Image
 Assalamualaikum. Guyss, before this aku pernah share experience about IUCD and now what, Dah kenapa ada Part II pulak?? sisss. sabar. on 30/12/2020 aku ada appointment untuk ultrasound nak scan kedudukan IUCD tu elok ke tidak. then bila register dekat klinik kesihatan tu, nurse dok tanya la kenapa kena scan pulak biasa nya diorang cuma check thread sahaja. Aku pon tak tahu,sebab dah memang nurse dulu yang tulis siap-siap dalam kad appointment tu. aku follow jela. kira yearly scan.  nurse pun ke hulur ke hilir tanya doctor banyak kali, sebab macam kenapa aku special kena scan.unless nurse check thread tapi tak jumpa then baru scan sepatutnya. kes aku ni, kena terus scan.  Masuk bilik Dr.Atikah, dia suruh baring dan buat ultrasound scan la kan. and whatttt... Dr. scan dua kali, aku ada nampak macam batang lidi tu la kan. another image, aku nampak Dr. circle and.. suruh aku buat UPT(urinary pregnancy test) dia tak cakap apa. terus nervous eh dah kenapa. Lepas buat UPT, sementara tunggu

IUCD Insertion

Image
Assalamualaikum. Hai. tengah menaip dalam keadaan duduk serba serbi tak kena. baru 30 minit tadi selesai buat IUCD lepas sebulan lepas buat pap smear. Since klinik tak de call apa apa berkenaan pap smear, means you are completely okay. no cancer detection. Alhamdulillah. So, once period day-1 je terus call clinic nak buat appointment, mereka akan suggest day-4 atau day-5 period, sesuai untuk insertion IUCD. memang dah lama nekad pon nak buat, tak larat dah nak inject hormone tiap2 bulan jenuh kena pergi klinik semata. dah la berat badan naik, muka bulat, double chin sikit lagi nak triple. So procedure senang je, dah buat appointment then tunggu nurse prepare and discuss dengan doctor. masa ni berdebar-debar dan menggigil sebab masa ni dah day-5 period memang takde darah dah. dok bayang kejap lagi bila buat, mencurah curah darah siap bawak spare pad. benda panjang ni lah yang aku nampak tadi doctor masukkan. aku perhati je Doctor pon rilek je aku tengok sambil bersembang

Pap Smear

Image
Assalamualaikum. What is Pap Smear: " a test carried out on a sample of cells from the cervix to check for abnormalities that may be indicative of cervical cancer " waktu mula-mula nurse offer untuk buat Pap Test lepas sebulan bersalin, uih memang tak lah nak buat. sakit bersalin pun belum habis, jahitan pun masih nyilu ada nak diseluk nya lagi. terus call nurse cakap tak boleh datang, darah nifas masih ada (alasan). okay dah selamat. Untuk pengetahuan, aku ada ambil hormon untuk merancang keluarga. Lepas bersalin je, first appointment tu nurse akan tanya siap-siap dah lepasni nak pakai perancang jenis yang macam mana (pil hormon, injection, implant dan lain-lain) masa ni otak tengah serabut dalam pantang terpaksa berfikir sejenak. So, aku pilih injection Depo-Provera hormone injection. Setiap dua bulan kena pergi jumpa nurse, timbang berat badan dan inject dekat punggung. sakit jugak okay. Sebelum ni ada orang cakap, injection ni akan buat kita gemuk. mula tu m

Kayman Beauty

Image
Assalamualaikum. Hi First time nak try Kayman Beauty sebab terpengaruh baca review dekat instagram dengan twitter. sebab memang dah lama cari essence konon nak lengkapkan 10-steps korean skincare. so, kawan recommend Rosa Glow Treatment Essence by Kayman Beauty. so dah baca ingredients, dah baca review bagai so try yang trial sample, dekat Kayman website ada. nak try dulu dekat kulit sesuai ke tak. nanti beli yang satu botol besar tapi tak sesuai membazir pulak. 15 ml for RM29 comel je packaging dia. nampak lah hygiene sikit sebab kena koyak sikit tube panjang atas tu baru terbuka seal. tapi ni muka dropper tu. just tube muncung je. so far pakai dah seminggu, nothing happen actually. essence dia cair dan cepat meresap. sebab sekarang ni muka memang tiba-tiba jadi menggerutu biji biji lepas pakai Kayman Coalsoap. Coalsoap RM35 Hari pertama try, aku potong empat bahagian boleh jimat sikit. so guna 1/4 lepas try je. esok pagi bangun tengok ada bump dekat dagu. ah sudah! ni

Raya bersama Aidan

Image
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya! Alhamdulillah, tahun pertama raya dengan Aidan. beriye ibu nak beli baju raya sedondon mak pak anak. tiap tiap tahun kena macam tu tau. First day raya dekat Puchong, takde buat apa sanagt dah bertahun tahun raya Puchong bosan betul. so raya kedua ajak balik Penang. meriah sikit rumah kampung,ada sepupu semua. mula risau juga nak balik rumah kampung sebab dah berbulan tinggal.rumah pulak dekat belakang semak samun,macam macam binatang ada. Aidan tahu la, dulu masa dia dalam perut ibu. mesti dia selalu dengar ibu jerit sana sini terserempak dengan cicak,tikus dan lain lain. Tapi nasib baik rumah tu dah dibersihkan sepenuhnya. Alhamdulillah, Aidan behave sangat dalam kereta sepanjang perjalanan pergi. tak jem. Aidan tidur je. bangun susu,tidur balik.kali ni ibu bijak sikit, dah bawak siap siap bekalan susu tepung,air panas,instant cereals so Aidan takde la merengek lapar. sampai dekat kampung, habis beraya balik malam malam pun Aidan senang je tidu