QA

Assalamualaikum

Dah lama tak mengadu nasib dekat blog. Maz dengan masalah kerja memang tak boleh dipisahkan. Mungkin sebab selalu sangat tukar-tukar kerja kot. Paling lama tahan 1 tahun lebih. Itu pun bukan sebab tak tahan tapi sebab kerja overload dan gaji tak setimpal dengan kerja macam tahap manager tapi level assistant. Takpelah,yang tu dah lepas.

Now,dah 2 bulan lebih kerja baru called it FMC. Sebut FMC memang orang tak kenal pun tapi kalau sebut kedai BMS mesti Chinese akan tahu. Diorang biasa beli dan makan  makanan organic dekat BMS yang kita ni melayu tak pernah masuk kafe tu sebab ingat non halal. Actually makanan situ semua okay,vege,healthy meal and healthy supplement. So aku tulis ni bukan nak promote BMS tapi nak mengadu macam mana hampeh nya management FMC.



First,aku diberi kerja sebagai QA. Okay lah bersyukur sebab takde background food tech tapi still consider.Masuk je kerja,takde senior QA. Maka aku kena discover sendiri macam mana past QA buat kerja. Dapat pula superior yang jenis tak nak tolong kita,semua pandai pandai lah nak hidup.Okay fine,aku cuba almost 1 month.Okay dah familiar dan aku rasa documentation past QA sangat tak bagus dah berterabur. Masalah sekarang ni superior,HOD asyik cari kesalahan aku je. Dari awal masuk aku dah nampak diorang macam aim aku.Apa entah dosa aku.

Sampai tahap kemuncak,apabila HOD panggil aku untuk di-brainwash selama satu setengah jam. FMC memang akan buat appraisal/comment every month pasal performance.  Weh baru 2 bulan nak expect apa. Dok sibuk suruh prepare untuk Audit HACCP, masalahnya aku ni first time. Zero knowledge. Diorang la go through Audit process first then aku sekadar pemerhati dan lama-lama aku faham la macam mana kaedahnya. Ni terus expect power sangat macam dah kerja 2 3 tahun.

Yang aku panas nya, QA/QC kena buat kerja operator dekat production room. Bayangkan kitorang kena buat kerja 9am-5pm non stop sebab operator tak cukup orang. Sampai balik rumah kepenatan buat kerja kilang.aku ni pula malam sambung mengajar dekat tusyen.Jenis HOD  yang kalau tak tolong operator buat kerja,akan dipandang hina penuh dosa. Gila. Aku melawan kot masa sesi brainwash tu.Asyik tunding kesalahan dekat QA QC.

And now,lepas kejadian brain wash tu aku dah tak boleh masuk production room. Kena duduk dekat office 24jam menelaah document lama-lama dan kena paham sendiri. Fine la kalau setakat sehari dua,ni dah masuk seminggu lebih. Berapa juta kali aku nak repeat document yang sama. Sampai kena berlakon buat busy padahal takde buat apa.Aku ni jenis kerja banyak takpe,tak suka duduk diam. Bosan sungguh ya Allah. Jenis menindas kaw-kaw HOD ni. Aku cerita dekat orang pasal kes aku semua suruh berhenti tak tahan. Aku ni masih di tahap bersabar dan jaga-jaga je. Macam bila-bila masa diorang boleh terminate aku.

Itulah problem aku, dapat kerja tapi orang keliling tak okay. Kalau orang keliling okay,kerja tak okay.Sekarang tengah usaha cari kerja dekat Penang je. Mohon bersyukur mereka yang dapat kerja best dan orang sekeliling semua best. Sekarang ni susahhhh sangat nak dapat kerja.


Doakan Maz dapat kerja. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Ainaa Serum

Skin Journey Part II