Posts

Showing posts from 2021

Skin Journey Part II

Image
 Assalamualaikum.   Hi Guys! Welcome back... part II pulak dah... Ye lah sis. nak cantik ni bukan sebulan dua terus cantik, kena lah bersabar. Okay recall balik Part I, aku ada cakap lepas stop Nihon & Skynfyx. on Jan 2021 kulit dah kembali teruk, that's why stop apa-apa produk sebab rasa macam no changes dan tak sesuai. Time ni dah give up. Dah nekad nak pergi jumpa doktor pakar kulit gagah jugak lah walaupun tahu confirm mahal. So, lepas google dan baca macam macam review pakar kulit. I found this clinic,  Ranjit Skin Specialist , dekat SS 15 Subang Jaya. Ramai cakap ubat dia berkesan, krim dia bagi pun elok. Time tengah berkobar kobar nak pergi jumpa doktor, sampai klinik pukul 1220pm, masuk je nurse tu cakap  " Sorry. kita tak ambil patient dah. nak rehat.... " wehh, aku tengok situ tulis rehat pukul 1pm kot, ada masa lagi 40 minit untuk doktor tu consult. aduhhh stress. drive jauh-jauh siap sesat, sekali tak boleh masuk. kena tunggu pukul 2 pm pulak. apa aku nak

Skin Journey Part I : Nihon Skin

Image
 Assalamualaikum. Hi guys! This time nak share my acne skin journey. Actually bukan yang teruk sangat lah, tapi bagi diri sendiri tu dah teruk. sebab jerawat kalau naik 2 3 ketul lepastu besar dan merah dan tinggal parut merah. payahhh sangat nak hilang acne scars. Start jadi macam ni masa lepas MCO 1.0, yang pelik nya duduk rumah je. tak pakai makeup ataupun bedak beriya lah, sebab sedar diri kalau ada jerawat ni ditambah pulak dengan muka berminyak berkilat. memang lah elakkan pakai foundation/blusher. sebab tempat jerawat kerap naik pipi kiri kanan dan dagu. Macam macam dah try sis, duit perabis dekat skincare itu ini. dah survey bla bla.. then on Sept 2020 start survey Nihon Skin from Japan. biasa kalau buka IG atau Tiktok akan perasan sorang doctor ni suka cakap pasal skin. Dr Ingky, dermatologist. cara dia explain tu memang meyakinkan dan confirm orang yang lemah macam aku ni akan terpengaruh. Actually Dr tu tak salah pun, dia cakap betul. Product dia tu memang bagus. So aku beli

IUCD Part II

Image
 Assalamualaikum. Guyss, before this aku pernah share experience about IUCD and now what, Dah kenapa ada Part II pulak?? sisss. sabar. on 30/12/2020 aku ada appointment untuk ultrasound nak scan kedudukan IUCD tu elok ke tidak. then bila register dekat klinik kesihatan tu, nurse dok tanya la kenapa kena scan pulak biasa nya diorang cuma check thread sahaja. Aku pon tak tahu,sebab dah memang nurse dulu yang tulis siap-siap dalam kad appointment tu. aku follow jela. kira yearly scan.  nurse pun ke hulur ke hilir tanya doctor banyak kali, sebab macam kenapa aku special kena scan.unless nurse check thread tapi tak jumpa then baru scan sepatutnya. kes aku ni, kena terus scan.  Masuk bilik Dr.Atikah, dia suruh baring dan buat ultrasound scan la kan. and whatttt... Dr. scan dua kali, aku ada nampak macam batang lidi tu la kan. another image, aku nampak Dr. circle and.. suruh aku buat UPT(urinary pregnancy test) dia tak cakap apa. terus nervous eh dah kenapa. Lepas buat UPT, sementara tunggu